Assalamualaikum semua. Bila sebut negeri Kelantan je
memang ramai yang teruja dengan pelbagai tempat menarik yang berada di Kelantan.
Biarpun tidak mempunyai taman tema yang gah, atau underwater world yang popular
namun Negeri Kelantan terkenal dengan alam semulajadinya yang indah dan damai
seperti pantai, jeram, air terjun dan lain-lain.
Entry kali ini, Fae nak share tentang tempat menarik di
kawasan kampung Fae sahaja. Fae sangat teruja dan obsess dengan pantai tau. Biasalah
orang Bachok, kalau tidak obses dengan pantai memang tidak sah. Kawasan kampung
Fae tidak jauh dari pantai. Mungkin anggaran dalam 10 km sahaja. Banyak pantai yang
menarik di Bachok. Namun pantai
berdekatan yang paling best dan yang Fae selalu pergi ialah Pantai Tok Bali dan
juga Pantai Irama, Bachok
Kampung Fae sebenarnya, dah dekat sempadan dengan
Bachok-Pasir Puteh, sebab itu Fae lebih dekat dengan Tok Bali, Pasir Puteh. Lebih kurang
dalam 10 minit je tau. Waktu zaman sekolah dan bujang-bujang dulu memang selalu
lepak kat situ kalau bosan-bosan. Naik motor vroommm vroom rempit. Huhhuuu.. Hujung
minggu pula mesti ke Pantai Irama. Hehe, pendek kata, memang dalam seminggu tu
kena tengok pantai la. Tak tenang kalau tak pergi tenung pantai. Kat Sarawak sekarang, Fae tenung pokok hutan pulak.. hihii i LOVE the NATURE
Back to the story, jom kita belajar sejarah Tok Bali. Fae tak tahu sangat sejarah nama Tok Bali ni diambil
sempena peristiwa apa. Hihii.. Tapi melalui Pakcik Wan Muhammad Google, Tok Bali berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali
Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena
seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai
Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk
tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali
tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali.
Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada
nelayan dari Bali, Indonesia. Kisah ini difahamkan berlaku pada beberapa abad
yang lalu. Sejauh mana kesahihan, tidak dapat dipastikan. Apapun, jom kita baca
apa yang menarik di Tok Bali.
|
Replika Bot Nelayan Besar sebagai Land Mark Tok Bali pusat Nelayan
|
Selain itu, Pantai Tok Bali ini lebih popular dengan tempat pendaratan ikan serta makanan laut segar. Ia juga menjadi tumpuan disebabkan mempunyai jambatan paling tinggi di Kelantan, mungkin juga Jambatan Paling Tinggi di Malaysia.
|
Jambatan Tinggi Tok Bali yang Popular. Pemandangan malamnya sangat cantik. |
|
haaa,, ade berani tak nak naik sini?
Ayah Fae ajar drive kete kat sini laa.. baru best test drive bukit real..hihii |
Di Tok Bali juga mempunyai pantai dan daya tarikan pelancong dari pelbagai ceruk negara disebabkan mempunyai persisiran pantai yang cantik dan sangat menarik. Di sekitar kawasan Tok Bali mempunyai banyak chalet dan resort yang menarik seperti Tok Aman Bali Beach Resort (4 bintang), Sudara Beach Resort, Villa Danialla, Permai Chalet dan banyak lagi. Resort-resort ini semua berada di pesisir pantai mengadap Laut Cina Selatan.
|
Pool kanak-kanak di Tok Aman Bali Resort.. Manyakk cantik dan syokkk |
|
View Tok Aman Bali Resort pada Waku Malam. Sangat indah |
|
Ada Paddle Boat.. best sesangattt... |
|
View Villa Danialla yang menghadap pantai. Sangat Teruja masuk sini.
|
|
Pool Sudara Beach Resort yang mendamaikan
|
|
Tahun 2008, Fae penah kerja part time kat Villa Daniallah ni tau. X lame pon seminggu jer..hihii |
|
Kami bercinta selepas kawen di pantai tok bali |
|
melayan hobi en hubbybi yang giler casting di bawah Jambatan Tok Bali |
Best kan kawasan tempat Fae ni? Actually banyak lagi nak share, jika ada kesempatan Fae update lagi tau.
Sekiranya anda berminat datang ke Kelantan dan memilih Tok Bali @ Bachok sebagai tempat percutian, boleh la contact Fae. Fae sudi jadi tour guide di kawasan ini. heheh.
Salam Sayang
Post a Comment Blogger Facebook