Energizing Soy Protein (ESP) merupakan satu produk yang menjadi kegemaran individu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan optimum. Pengambilan ESP tidak terhad kepada golongan wanita sahaja, malah turut boleh diambil oleh golongan lelaki juga. Kanak-kanak dan warga tua juga boleh mengambil ESP ini, dengan syarat ia perlu menepati kuantiti yang disarankan oleh mereka. Jadi, adalah sangat penting bagi anda mencari SID yang membantu memberi konsultansi yang baik dan tepat kepada pelanggan.


Pada kali ini, Fae ingin kongsikan kebaikan ESP kepada ibu mengandung.
Ibu hamil memerlukan pelbagai nutrian dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka. Kuantiti setiap nutrient juga adalah berbeza dengan individu normal. Pemakanan ibu sangat penting dalam membekalkan nutrisi sihat kepada perkembangan bayi di dalam kandungan.

Sumber protein merupakan salah satu nutrisi penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan mereka. Secara umumnya, protein dapat membantu:

>> Tumbesaran otak bayi
>> Pembentukan otot bayi
>> Membekalkan tenaga untuk ibu survive sepanjang kehamilan.
>> Membekalkan nutrient dan antioksida dalam mengekalkan sistem imun ibu.
>> Membina dan memperbaharui sel sel tubuh


Sumber protein boleh diperolehi dari sumber ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan lain-lain. Berbeza dengan sumber protein lain, ESP keluaran Shaklee ini sangat istimewa kepada ibu mengandung kerana. 1 hidangan ESP bersamaan dengan
>> 12x susu segar, 4x telur, 6x roti,  2x daging


manfaat 1 hidangan ESP


Antara kebaikan ESP kepada ibu mengandung adalah:


1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 


ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantumeningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.


2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes

Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.


3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN.Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 


4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. Ia juga dapat mengurangkan parut Strech mark selepas melahirkan anak. Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 


5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 

Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain





_____________________________________________________________
TESTIMONI PENGGUNA ESP
______________________________________________________________
ESP mampu pudarkan strechmark

ESP bantu pudarkan parut dan menganjalkan kulit

ESP bantu penyusuan ibu, disamping memperbaiki struktur kulit

ESP bantu kekalkan penyusuan isu, memberi rasa kenyang
dan bertenaga

ESP bantu mencerahkan kulit baby, dan kekal aktif semasa mengandung

ESP kekalkan tenaga ibu dan bantu menghilangkan gastrik

-------------------------------------**************-----------------------------------------
Anda berminat??
Jom Dapatkan produk shaklee hari ini sebelum anda terlewat,
Sekiranya anda berminat ingin dapatkan produk semulajadi Shaklee. Boleh hubungi saya di maklumat berikut

♥ Shaklee Independent Distributor ||Faiznur Fauzi||
 [ ID No : 1101112 ] 

Contact Number : 0139762951
SMS/WhatsApp : 011-22023501
♥ Emel : faiznuraini89@yahoo.com
FB Page: Sihat itu sunnah-SIS

FBFaiznur Fauzi 

Post a Comment Blogger

 
Top