Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Harini Fae nak share tentang beberapa Tips Mudah untuk Bersalin. Pengalaman bersalin adalah berbeza setiap individu. Ada yang mudah sangat waktu nak bersalin, Ada juga wanita yang susah nak bersalin. Yang mudah alhamdulillah, yang sukar tu mungkin faktor tiada pengalaman ataupun berlaku masalah ketika proses kelahiran bayi. Biasalah kandungan pertama memang para ibu tiada pengalaman yang cukup lagi kan. 


So, di sini atas  perkongsian dari kawan-kawan serta ihsan pak cik google , Fae ada senaraikan beberapa tips/ petua mudah bersalin. Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu di luar sana. InshaAllah




.               1.   Amalan Bacaan surah Yasin & Maryam


Amalan membaca Surah Yasin dan Maryam sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung. Amalkan setiap hari, inshaAllah anda akan senang untuk melahirkan anak nanti. Semasa dekat dengan ayat sujud tilawah tu, para ibu boleh turut sujud dan berdoa supaya Allah melancarkan proses kelahiran anda nanti.

2.   Khatam Al-Quran sepanjang tempoh mengandung

Sepanjang tempoh 9 bulan mengandung, amalan bacaan semua surah Al-Quran juga sangat elok diamalkan. Tidak terhad dengan surah-surah pilihan seperti Surah Yusuf, Surah Maryam, dan Surah Lukman sahaja. Mudah-mudahan dapat membantu para ibu mudah bersalin. Amin

3.   Amalan doa mudah bersalin

Doa mudah bersalin



4.   Amalan 3 Qul sebelum tidur dan selawat

Para ibu boleh mengamalkan surah 3 Qul sebelum tidur.
Ø  Al Naas
Ø  Al Falaq
Ø  Al-Ikhlaas
Boleh juga mengamalkan Ayat Qursi. Supaya bayi yang dikandung dapat mengelakkan dari gangguan syaitan

5.   Sembahyang hajat

Amalan solat hajat supaya diberi kemudahan untuk bersalin. Ada baiknya para ibu melalukan solat hajat bersama suami. Semasa isteri dalam bilik bersalin, suami juga boleh solat hajat memohon dipermudahkan kesakitan isteri.

6.   Sentiasa bersenam

Para ibu mengandung perlu elakkan terlalu banyak berehat. Jangan terlalu banyak tidur kerana tidur membuat ibu kurang cergas dan cepat penat.  Persediaan fizikal juga perlu untuk memudahkan proses bersalin. Seperti berjalan di taman waktu petang, turun naik tangga, senaman ibu hamil. Namun jangan pula membuat aktivti berat dan lasak seperti mengangkat objek berat, mengemas rumah terlalu kerap dan lain-lain.



7.   Jaga pemakanan

Ibu mengandung perlu makan makanan yang berkhasiat untuk menampung kesihatan kandungan dan juga diri sendiri. pemakanan yang tinggi sumber kalsium, protein, zinc, vitamin C, vitamin B dan sumber tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan multivitamin juga sangat membantu ibu memperoleh manfaat yang lengkap semasa mengandung

Elakkan makan makanan yang tinggi MSG, makanan ringan, organ dalaman, Elakkan juga pengambilan pil-pil sakit kepala, pil migraine, painkiller yang sudah pasti mengandungi dadah. So, nak kandungan sihat kan?

8.   Amalkan pemakanan sunnah




Amalan pemakanan sunnah seperti kurma, susu, delima, madu, kismis, buah tin, minyak zaitun, air zam-zam semasa mengandung membantu para ibu lebih bertenaga. Selain itu, dikatakan ibu yang menyamalkan pemakanan sunnah ini dapat melahirkan anak yang mempunyai perkembangan intelek, fizikal, rohani dan emosi  yang lebih bagus. Kurma juga membantu menghasilkan lebih banyak susu badan ibu.


9.   Kerap bersama suami




Kerap bersama suami apabila sudah sampai bulan-bulan terakhir dikatakan mampu memudahkan bukaan jalan untuk bersalin. Ikutkan petua, kepala anak akan bulat cantik je bila keluar apabila kerap bersama suami. Tidak lonjong. Admin pon tak tahu apa rasionalnya. Hehe

En suami pun jangan lupa tolong urut-urutkan kaki dan perut isteri dikala isteri memerlukan pertolongan. 

10.   Emosi sentiasa stabil

Ibu perlu menjaga emosi supaya tidak membawa kepada kemudaratan kepada kandungan. Mengidam makanan yang pelik-pelik juga adalah satu perkara yang sering membawa kepada emosi ibu. Jika tidak dapat keinginannya, akan bersedih dan merajuk yang melampau-lampau. Sehinggakan suami jadi mangsa keadaan. Para ibu kena ceria-ceria tau.

11.   Makan sebelum bersalin

Para ibu yang sudah admit tu perlu makan dahulu sebelum ke hospital. Supaya ibu mempunyai tenaga yang banyak sewaktu bersalin. Jangan pula ada yang  pengsan sebab terlalu lemah sebab tiada tenaga yang mencukupi. Jangan biarkan perut anda kosong.

12.   Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara atau senang dikenali denganVirgin Coconut Oil (VCO). Boleh amalkan minum minyak kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin. Ada yang berbentuk kapsul dan cecair. VCO boleh diminum dan juga disapu di perut dan sekitar kawasan sulit ibu supaya memudahkan jalan ibu bersalin dan mengelakkan koyakan yang kuat. Pelbagai jenama minyak kelapa dara di pasaran. Para ibu boleh pilih yang terbaik

13.   Makan Telur ayam kampung

Ada petua yang mengatakan makan sebiji telur ayam kampung mentah membantu ibu mudah bersalin dengan mudah. Ada juga petua yang menyatakan minum milo dicampur dengan telur ayam kampung. Dan ada juga yang minum segelas tea dicampur dengan telur ayam kampung. Ia mesti diminum apabila para ibu sudah mempunyai tanda-tanda sudah mahu bersalin.

14.    Makan bendi

Bendi mengandungi 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sifat bendi yang berair dikatakan mampu memudahkan ibu bersalin. Selain itu juga, bendi juga bagus untuk sembelit, diabetis dan jaundis. Bendi juga bagus untuk buasir. Para ibu boleh membuang dengan lancar tanpa perlu rasa risau terhadap sembelit dan buasir.

15.   Berendam sebelum ke hospital

 Berendam di dalam air semasa berlaku kontraksi dan sebelum ke hospital juga membantu ibu senang besalin. Dinasihatkan jangan berendam terlalu lama, takut nanti terberanak dalam besen tu pulak.

16.   Minum air Selusuh

Minum air selusuh untuk senang bersalin. Boleh buat sendiri air selusuh ni. Senang je tau. Dulu admin ingat, minyak selusuh tu macamane bentuk la, rupanya, ia hanya sekadar air yang telah dibaca ayat-ayat quran (Al fatihah, 3 Qul, ayat Qursi), selawat syifa’ serta Doa Senang Bersalin/ Doa Selusuh (rujuk doa pada info No.3). Paling elok, guna air zam-zam buat air selusuh. Sebelum nak bersalin, boleh bagi minum insyaAllah bukaan akan lebih mudah dan lancar. Air selusuh yang terbaik adalah air selusuh yang dibuat oleh suami sendiri.


17.   Minum air milo mix planta

    Campuran air milo dan planta dikatakan mampu memberi tenaga serta memudahkan bukaan jalan kepada ibu. Ada yang campur milo + minyak. Mungkin ia licin dan memudahkan laluan ada pelincir, so senang la baby nak lalu. Petuanya, Minum sebelum ke hospital, mudah-mudahan bila dah sampai hospital, bukaan dah 8 inci. hihi

18.   Doa Nabi Yunus semasa dalam bilik bersalin

Masa di dalam bilik bersalin (labour room) u all baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)

 


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


19.   Zikir “ Al Fattah” semasa nak bersalin

Basahkan lidah dengan zikir “Al Fattah” yang bermaksud “ Yang Maha Pembuka. Jangan fikirkan sakit, cukup sahaja fikirkan keseronokan yang akan dinikmati selepas melahirkan anak.

20.   Memohon kemaafan dari suami/ ibu bapa/ adik beradik/ saudara mara/ jiran dan semua orang.

Amalkan sikap sentiasa meminta maaf terutama kepada suami dan ibu bapa kita. Diharap mendapat restu dan keredhaan dari mereka untuk memudahkan kita bersalin. inshaAllah.


Alhamdulillah, semoga perkongsian yang bermanfaat ini dapat dimanfaatkan oleh para ibu sebaiknya. Petua-petua yang diberikan di atas adalah hasil perkongsian rakan-rakan dan carian admin. Selamat beramal, dan semoga Allah mempermudahkan proses bersalin kita. Amin

Post a Comment Blogger

 
Top