"Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

"Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

"Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)





Pada masa kini, tabiat merokok memang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di Malaysia. Mengikut statistik, terdapat seramai 2.6 juta perokok di Malaysia dan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah yang tidak bermoral ini. Dewasa kini tabiat merokok dalam kalangan remaja kini semakin meningkat dari hari ke hari. Pada setiap tahun,jumlah kematian juga semakin meningkat iaitu hampir 10,000 kematian. (sumber namaberita.com)

          Merokok memang memberi kerugian kepada si perokok baik dari segi kesihatan mahupun kewangan. Pada 08 september 2014, baru baru ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga rokok. Harga baru sekotak rokok jenama Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges meningkat kepada RM13 sekotak. Namun, ada dalam kalangan perokok tegar akan tetap merokok tanpa  mengambilkira jumlah perbelanjaan yang terpaksa dihabiskan oleh mereka untuk membeli rokok.

          Laporan menunjukkan bahawa 14% daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8% daripada 4.6 jutaperokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005.

       Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.
           
      Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok. Malaysia pula berada di ranking ke-71 dengan seorang peokok menghabiskan 646 batang rokok dalam setahun.

Haaa.. anda semua tengok, betapa tinggi statistik perokok di negara kita, Malaysia .Tolonglaa, saya memohon supaya sedarlah bahawa merokok membawa 1001 keburukan berbanding kebaikan. Setiap sedutan rokok akan membawa padah. Sekiranya anda ingin berhenti  merokok, anda akan memperoleh pelbagai faedah yang bak iaitu:


Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

seronokkan bila ada suami dan family yang tak merokok kan?
JOm2 try camne nak berhenti merokok..

-----------------------------------------------------------
Sekiranya anda berminat ingin dapatkan produk semulajadi Shaklee. Boleh hubungi saya di maklumat berikut

Shaklee Independent Distributor ||Faiznur Fauzi||
 [ ID No : 1101112 ] 
Contact Number : 0139762951
SMS/WhatsApp : 011-22023501
 Emel : faiznuraini89@yahoo.com
FB Page: Sihat itu sunnah-SIS
FB : Faiznur Fauzi 




Post a Comment Blogger

 
Top